BANDAR SERI BEGAWAN – Satu majlis serah terima tugas Pesuruhjaya Polis telah diadakan di Ruang Legar, Ibu Pejabat Polis, Jalan Tungku, Gadong.

Selaku Tetamu Kehormat majlis berkenaan Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al Islam yang akan menamatkan kontrak perkhidmatannya telah menandatangani surat serah terima tugas Pesuruhjaya Polis kepada Dato Seri Pahlawan Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali.

Majlis berkenaan dihadiri oleh seramai kira-kira 700 orang termasuk pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan awam serta anggota-anggota polis pangkat rendah.

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT URUS SETIA PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI