GADONG, Sabtu 28 September 2024 – Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Komandan Polis Wanita, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah berkenan berangkat Ke Majlis Ramah Mesra anjuran Polis Wanita PPDB.

Keberangkatan Yang Teramat Mulia di Dewan Bankuet Mes, Kompleks Ibu Pejabat Polis Gadong, dijunjung oleh Penolong Pesuruhjaya Polis Masni binti Haji Jamil selaku Penasihat Majlis dan Ahli-Ahli Jawatankuasa berkenaan.

Majlis Ramah Mesra ini merupakan suatu penghargaan ke hadapan Majlis Yang Teramat Mulia selaku Komandan Polis Wanita. Seramai 250 anggota Polis Wanita termasuk pegawai, jemputan-jemputan khas dan anggota pangkat rendah menghadiri majlis tersebut yang terdiri dari pelbagai jabatan, formasi dan daerah polis seluruh negara.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

IBU PEJABAT POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​