GADONG, Rabu 30 Januari 2019 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan Majlis Penyampaian Insuran Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok bagi tahun 2018 kepada anggota-anggota PPDB yang telah meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan.
Hadir selaku tetamu kehormat Yang Mulia Pesuruhjaya Polis PPDB, Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al Islam, pengarah-pengarah jabatan, pegawai-pegawai kanan, anggota-anggota pangkat rendah PPDB dan ahli-ahli waris penerima Insuran berkenan.
Turut hadir dalam majlis penyampaian ialah Pengurus Besar Takaful Brunei Am (TBA) Yang Mulia Barudin bin Haji Kudil beserta pegawai daripada TBA.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah yang dipimpin oleh APO Sgt 6472 Mohammad Yusri bin Hj Abu Bakar dan diikuti oleh ucapan yang disampaikan oleh Ketua Bahagian Audit Dalaman Tatatertib, Kebajikan dan Kaunseling PPDB, Yang Mulia Penguasa Polis (SUPT) Hjh Rosnie bte Haji Ali.
Majlis kemudian disusuli dengan penyampaian Insuran Skim Takaful oleh tetamu kehormat kepada 50 orang ahli keluarga waris daripada 8 anggota PPDB yang telah meninggal dunia.
Diharapkan dengan huluran bantuan yang diberikan serba sedikit dapat meringankan beban ahli ataupun keluarga waris dalam mengahadapi kehidupan seharian. PPDB juga sangat mengambil berat dan perhatian dalam mempertingkatkan kesejahteraan dan kebajikan warga pasukan.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
