BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis 28 Nov 2019 – Pelajar-pelajar dari Taman Didikan Anak-anak Polis Diraja Brunei yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam perperiksaan akhir tahun diraikan dalam satu Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Pelajar Terbaik bagi Tahun 2019 yang berlangsung di Dewan Stadium Hassanal Bolkiah, Ibu Pejabat Polis Gadong. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis, Isteri Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) Yang Mulia Pengiran Datin Hajah Zauyah binti Pengiran Haji Sulaiman. 

Sejumlah 30 anugerah sijil kepujian beserta hadiah diserahkan kepada pelajar-pelajar yang telah meraih keputusan cemerlang. Manakala, 67 anugerah lagi menerima sijil penghargaan kerana telah menamatkan sesi persekolahan bagi tahun 2019. 

Majlis tersebut diserikan dengan persembahan-persembahan tarian dan nyanyian yang ditampilkan oleh anak-anak murid daripada KG 1 dan KG 2. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI