GADONG, Khamis 25 Oktober 2018 – Majlis penutup dan penyampaian sijil bagi Kursus Keberkesanan Pengawasan Kejiranan sesi 1/2018 telah di adakan di Pusat Pembelajaran Berterusan Polis, Gadong.

Kursus yang berjalan selama 2 hari itu disertai  seramai 23 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan termasuk pihak swasta dan orang awam yang merupakan ahli-ahli yang berdaftar di bawah program Pengawasan Kejiranan di bawah tadahan Daerah Polis Brunei & Muara.

Hadir selaku tetamu kehormat dan penyampai sijil kursus ialah Ketua Urusetia Pesuruhjaya Polis, Yang Mulia Timbalan Penguasa Polis Hamydon bin Ibrahim serta pegawai dan anggota-anggota daripada Unit Perhubungan Awam Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) selaku Urusetia Pengawasan Kejiranan PPDB.

Sepanjang mengikuti kursus, para peserta telah di berikan taklimat dan penerangan yang telah disampaikan oleh pegawai daripada jabatan-jabatan dibawah PPDB serta pegawai jemputan daripada Jabatan Penguam Negara dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Objektif kursus adalah untuk meningkatkan pengetahuan serta pemahaman yang lebih terperinci mengenai tugasan sebagai ahli Pengawasan Kejiranan di samping tindakan-tindakan yang sepatutnya di lakukan apabila menghadapi sebarang kejadian di lapangan bedasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Dalam pada itu, kursus PK ini juga di harapkan akan memberikan impak sedikit sebanyak menjadi titik tolak kepada pemangkin bagi mencapai hasrat Pengawasan Kejiranan dalam membantu mencegah, membenteras dan memerangi jenayah di negara ini.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI