GADONG, Rabu 27 September 2023 – Sempena meraikan hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam (SAW) yang jatuh pada 12 Rabiulawal tahun hijrah, Pasukan Polis Diraja Brunei melalui Badan Ugama Islam (BUI) telah mengadakan Majlis Penutup Dikir Maulidur Rasul setelah mengadakan Dikir Syarafil Anam selama 12 malam berturut-turut di Surau Polis Gadong Pasukan Polis Diraja Brunei.
Hadir bagi sama-sama menyemarakkan majlis tersebut selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Pesuruhjaya Polis PPDB, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali.
Juga hadir, Yang Mulia Timbalan Pesuruhjaya Polis PPDB, Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin, Timbalan Penguasa Polis (DSP) Aimi Safwan bin Zalidin selaku Pengerusi Badan Ugama Islam (BUI) PPDB, Pengarah-Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, para pegawai dan anggota pangkat rendah.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Maghrib diikuti dengan bacaan Dikir Marhaban dan sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah serta Doa Selamat.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
