GADONG, Ahad 31 Disember 2023 – Sempena memperingati Hari Polis ke 103 Tahun Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Badan Ugama Islam (BUI) PPDB telah mengendalikan Majlis Membaca Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Kesyukuran di Surau Polis Gadong.
Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali, Pesuruhjaya Polis PPDB.
Turut hadir, Yang Mulia Timbalan Pesuruhjaya Polis PPDB, Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin, Timbalan Penguasa Polis (DSP) Aimi Safwan Bin Zalidin selaku Pengerusi Badan Ugama Islam (BUI) PPDB, Pengarah- Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, para pegawai dan anggota pangkat rendah.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah diimamkan oleh Yang Mulia APO Sarjan 6472 Mohammad Yusri bin Haji Abu Bakar.
Setelah itu majlis diteruskan dengan bacaan Surah Yaa Siin, Tahlil dan diakhiri dengan bacaan doa kesyukuran dan penutup.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
