GADONG, Selasa 25 Mac 2025 – Majlis Khatam Al-Quran Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bagi bulan Ramadhan tahun 1446H/2025M telah berlangsung kemarin di Surau Ibu Pejabat Polis, Gadong yang dikelolakan oleh Badan Ugama Islam (BUI), PPDB. 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pesuruhjaya Polis, Yang Mulia DCP Dato Seri Pahlawan Sulaiman bin Alidin. 

Turut hadir ialah Yang Amat Mulia SAC Pengiran Anak Haji Mohammad Saifullah bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris, Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis, serta Pengarah-Pengarah Jabatan, pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai kanan PPDB berserta ahli pangkat rendah dan kakitangan PPDB. 

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh tetamu kehormat dan seterusnya bacaan bacaan Takhtim dan Dikir Marhaban. 

Seramai 52 peserta lelaki dan 24 peserta wanita terdiri daripada anggota-anggota pangkat rendah, orang-orang awam iaitu jemaah, belia-belia dan muslimah Surau Polis Gadong telah menyertai Majlis Khatam bagi bulan Ramadhan tahun ini. 

Majlis diakhiri dengan dan diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang dipimpin oleh Yang Mulia APO Staff Sgt 6472 Mohd Yusri bin Haji Abu Bakar Imam Surau Polis Gadong Imam Surau Polis Gadong, PPDB. 

Dikeluarkan oleh: 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 

IBU PEJABAT POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI