GADONG, Khamis 27 Sept 2018 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena tamat latihan bagi pegawai kadet Inspektor Percubaan Skuad 1/2017 dan skuad 2/2017 yang berlangsung di Surau Ibu Pejabat Polis, Gadong.

Hadir selaku tetamu kehormat, Pesuruhjaya Polis PPDB Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Al Islam dan isteri Datin Hjh Kamariah bte Haji Abd Hamid.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya Polis , Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Haji Mohamad Irwan bin Haji Hambali dan Isteri Pengiran Datin Zauyah bte Pengiran Haji Sulaiman. 

Pengarah, Timbalan Pengarah, Pegawai-pegawai & anggota serta keluarga pegawai kadet yang di raikan.

Majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai oleh Pegawai Kadet Inspektor Percubaan Skuad 01/2017 dan Skuad 02/2017 dipimpin oleh Tetamu Kehormat majlis.

Majlis diteruskan dengan bacaan Al-Quran oleh peserta khatam (Pegawai Kadet) dan diikuti dengan bacaan takhtim dan Dikir Asyraqal yang dibacakan oleh rekrut lelaki.

Seramai 16 orang pegawai kadet telah menjalani latihan Asas kepolisian di Pusat Latihan Polis, dimana Skuad 1/2017 adalah terdiri daripada 8 pegawai kadet lelaki, seorang pegawai kadet wanita, manakala Skuad 2/2017 pula seramai 4 pegawai kadet lelaki dan 3 pegawai kadet wanita.

Upacara kemuncak ialah Majlis Perbarisan Tamat Latihan akan diadakan pada 4 Oktober ini bertempat di Padang Kawad Besar, Pusat Latihan Polis.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI