PANAGA, Sabtu 15 April 2023 – Ibu Pejabat Daerah Polis Belait, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) mengadakan satu majlis khatam Al-Quran bagi pegawai-pegawai dan anggota pangkat rendah Daerah Polis Belait sempena bulan Ramadhan bagi tahun 1444H/2023M bertempat di Surau Ibu Pejabat Daerah Polis Belait, Panaga.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Pesuruhjaya Polis (CP) PPDB, Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali.
Turut hadir ialah Penguasa Kanan Polis (S/Supt) Handrie bin Haji Amin, Pegawai Pemerintah Daerah Polis Belait, para pegawai serta anggota dan kakitangan awam PPDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh tetamu kehormat disusuli dengan bacaan khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Sarjan 4311 Mohamad Hasde bin Mohammad Tahir.
Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan takhtim Al-Quran dan diakhiri dengan bacaan doa khatam, dikir marhaban dan doa selamat bagi memberkati majlis yang penuh dengan keberkatan ini.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
