GADONG, Sabtu 19 Sept 2020 – Seramai dua belas (12) orang anggota Pangkat Rendah Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dinaikkan pangkat ke pangkat Inspektor yang telah bermula sejak 15 Ogos 2020 lalu. 

Kenaikan pangkat tersebut adalah merupakan pada menjunjung atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 

Sehubungan itu, Majlis Penyampaian Kenaikan Pangkat berlangsung di Dewan Bankuet Mes Pegawai, Ibu Pejabat Polis Gadong yang disempurnakan oleh Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali.

Juga hadir, isteri Pesuruhjaya Polis, Pengiran Datin Hajah Zauyah binti Pengiran Haji Sulaiman dan pegawai-pegawai kanan PPDB serta ahli keluarga yang dinaikkan pangkat. 

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong.

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI