GADONG, Rabu 12 Jun 2024 – Pada Menjunjung Titah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, lima belas (15) orang anggota Pangkat Rendah Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dinaikkan pangkat ke pangkat Inspektor, yang telah bermula sejak 1 Jun 2024 lalu.
Sehubungan itu, Majlis Penyampaian Kenaikan Pangkat telah berlangsung di Dewan Bankuet Mes Pegawai, Ibu Pejabat Polis Gadong dan disempurnakan oleh tetamu kehormat Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali bersama Pengiran Datin.
Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis PPDB, Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin bersama Datin, pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai kanan dan ahli keluarga pegawai yang diraikan.
Majlis kemudiannya diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh APO Staf Sarjan 6472 Mohd Yusri bin Haji Abu Bakar, Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
