BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad 16 Mac 2025 – Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI) telah mengadakan Majlis Iftar bersama anak-anak yatim Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB). 

Majlis tersebut diadakan di Dewan Serambi Batil, Tarindak D’Seni, Bandar Seri Begawan, dimana seramai 61 orang anak-anak yatim telah menghadiri majlis tersebut. 

Hadir selaku tetamu Kehormat di majlis ini ialah Yang Mulia Datin Sabrina Aziemah binti Abdullah Chong selaku pemangku Yang Dipertua PEKERTI dan turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Nurakmalia binti Lt. Kol (B) Awang Iskandar, pemangku Pengerusi PEKERTI. Turut serta di acara ini ialah Pengerusi Badan Kebajikan Am PEKERTI selaku pengerusi majlis, Dayang Rokiah binti Joly @ Julai, Ahli Jawatankuasa Tertinggi PEKERTI beserta Ahli Jawatankuasa Kerja Badan Kebajikan Am PEKERTI. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia APO Staff Sarjan 6472 Mohd Yusri bin Haji Abu Bakar Imam Surau Polis Gadong. 

Penyampaian saguhati berupa hamper kepada anak-anak yatim telah diserahkan oleh tetamu kehormat majlis, Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan persahabatan baik dikalangan ahli-ahli PEKERTI dan anak-anak yatim beserta ahli keluarga terutama sekali di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini. PEKERTI akan terus memberikan komitmen yang tinggi dan mempertingkatkan usaha-usaha dimasa akan datang bagi membantu anak-anak yatim Pasukan Polis Diraja Brunei.

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 

IBU PEJABAT POLIS PASUKAN 

POLIS DIRAJA BRUNEI