GADONG, Isnin 17 Februar 2026 – Sempena Hari Puja Usia Ke-52 Tahun Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran dan Solat Hajat di Surau Ibu Pejabat Polis, Gadong.
Hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan ialah Pesuruhjaya Polis PPDB, Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin.
Turut hadir para Pengarah, Timbalan Pengarah, Pegawai Pemerintah, Ketua Formasi, pegawai serta anggota PPDB.



Majlis yang dikendalikan oleh Badan Ugama Islam PPDB dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Maghrib Berjemaah, diikuti dengan Sembahyang Hajat serta bacaan Surah Yassin dan Doa Kesyukuran sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia yang dipimpin oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis, APO Sarjan 6472 Mohammad Yusri bin Haji Abu Bakar.


Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
