GADONG, Ahad 16 Februari 2025 – Bersempena Hari Puja Usia Ke-51 Tahun Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran bertempat di Surau Polis Gadong pada 16 Februari 2025.
Majlis ini dihadiri oleh Yang Amat Mulia SAC Pengiran Anak Haji Mohammad Saifullah Bin Pengiran Indera Setia DiRaja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris, Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis, PPDB selaku tetamu kehormat.
Turut hadir dalam majlis ini ialah para Pengarah, Timbalan Pengarah, Pegawai Pemerintah Daerah Polis, Ketua-Ketua Formasi, pegawai-pegawai kanan, anggota serta kakitangan PPDB.
Majlis yang dikendalikan oleh Badan Ugama Islam (BUI) PPDB ini dimulakan dengan bacaan Surah Yassin yang dipimpin oleh Imam Surau Polis Gadong L/Kpl 6569 Muhammad Zulhairi bin Omarali, diikuti dengan doa kesyukuran yang dibaca oleh DSP Muhammad Amerol bin Haji Metussin dan diakhiri dengan solat Isya’ berjemaah.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
