GADONG, Isnin 06 Oktober 2025– Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI) telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yassin dan Do’a Kesyukuran bagi Sambutan Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam. 

Majlis yang berlangsung di Dewan Bankuet Mes, Kompleks Ibu Pejabat Polis itu dihadiri oleh Yang Mulia Datin Sabrina Aziemah binti Abdullah Chong, isteri Pesuruhjaya Polis selaku Yang Di-Pertua PEKERTI. Turut hadir ke majlis ini juga ahliahli Jawatankuasa Tertinggi PEKERTI dan ahli-ahli dari ketujuh-tujuh cawangan PEKERTI. 

Majlis dimulakan dengan menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah, Sembahyang Sunat Hajat, diikuti dengan bacaan Surah Yassin beramai-ramai dan diteruskan dengan bacaan Doa Khas bagi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran

Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam yang dipimpin oleh Yang Mulia, Ustazah Norerny binti Emran. Seterusnya, bacaan selawat-selawat pilihan diketuai oleh Yang Mulia, Dayang Norliza binti Abd Jalil dan diikuti dengan menunaikan Sembahyang Fardu Isyak berjemaah. 

Majlis ini adalah salah satu aktiviti tahunan PEKERTI dan dikendalikan oleh Badan Keugamaan PEKERTI yang dipengerusikan oleh Yang Mulia Suriyanti binti Haji Suhaimi dan Timbalan Pengerusi, Yang Mulia Nur Nadiyah binti Haji Awang Ghazali.

Majlis ini juga adalah bertujuan untuk memperingati Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri sebagai Penaung PEKERTI.

pekertti1.jpg

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

IBU PEJABAT POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI