BERAKAS, Khamis 21 Mac 2019 – Seorang lelaki warganegara asing maut selepas dipercayai tidak sedarkan diri semasa memandu yang berlaku di kawasan KM 104.3 , Lebuhraya Muara – Tutong hala Jerudong.   

Balai Polis Berakas, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) mengesahkan kemalangan tersebut melalui panggilan kecemasan yang telah diterima pada 21 Mac 2019 sekitar jam 1.32 petang yang telah meragut nyawa Bedi Anak Pang, warganegara Malaysia berumur 58 tahun.   

Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (RIPAS) dan telah disahkan meninggal dunia. Hasil pemeriksaan dan siasatan juga mendapati punca kematian dipercayai oleh serangan jantung semasa memandu sebuah lori menyebabkan mangsa hilang kawalan dan melanggar besi penghadang jalan. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI