TUTONG, Rabu 20 Februari 2019 – Seorang lelaki warganegara tempatan meninggal dunia selepas terlibat dengan kemalangan yang berlaku di kawasan Km 53 Lebuhraya Tutong / Muara, Penanjong Tutong hala Muara.
Balai Polis Tutong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) mengesahkan kemalangan tersebut melalui panggilan kecemasan yang telah diterima pada 20 Februari 2019 sekitar jam 7.48 pagi yang telah meragut nyawa seorang warga emas.
Pasukan Polis Diraja Brunei ingin menyarankan kepada para pemandu dan pengguna jalanraya agar sentiasa menumpukan perhatian dijalanraya dan kawasan sekeliling semasa memandu.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT URUSETIA PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
