TUTONG, Jumaat 18 Januari 2019- Seorang lelaki warganegara tempatan maut di tempat kejadian selepas kenderaan yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas di kawasan KM 22 Jalan Seria / Tutong menghala ke Tutong.
Balai Polis Tutong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) mengesahkan kejadian kemalangan tersebut melalui panggilan kecemasan yang diterima pada 18 Januari 2019 sekitar jam 11.43 malam yang telah meragut nyawa Mohammad Syaffawie bin Ahmad berumur 27 tahun.
Hasil siasatan awal mendapati, mangsa maut telah mengalami kecederaan yang serius di bahagian kepala dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Pasukan Polis Diraja Brunei ingin menyeru dan menegaskan kepada orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mengikut had laju yang telah ditetapkan. Dalam pada itu, disarankan supaya semua pengguna-pengguna jalanraya untuk tidak mengambil ringan terhadap pemakaian tali pinggang keselamatan kerana ianya bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan ketika memandu jika berlakunya kemalangan.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT URUSETIA PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
