BERAKAS, Khamis 31 Januari 2019 – Seramai 25 anggota Pasukan Simpanan Polis ‘C’ Kompeni yang diketuai oleh Insp Mohd Saifulnizam bin Sabli telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Latihan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Lambak Kanan.
Ketibaan rombongan Pasukan Simpanan Polis ‘C’ Kompeni telah disambut oleh Pemangku Komandan, Pusat Latihan, Ketua-ketua Unit dan RSM dari Pusat Latihan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Lambak Kanan.

Acara lawatan dimulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah dan seterusnya penerangan taklimat berkenaan organisasi Pusat Latihan berkenaan yang disampaikan oleh Yang Mulia Penolong Penguasa Ajahrin bin Mail, Pemangku Komandan, Pusat Latihan, Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Acara kemudian diteruskan dengan persembahan donning test, kawad kaki, acara memadam api, rolling hos air , fire marshall dan diakhiri dengan bergambar ramai.
Tujuan lawatan adalah sebagai sebahagian daripada pendedahan dan maklumat tentang pekakas dan peralatan yang digunakan oleh pihak Bomba selain mengetahui tatacara penggunaan ‘best practices’ semasa menghadapi sebarang kejadian.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
