GADONG, Sabtu 4 Mei 2019 – Rombongan Persatuan Anggota Polis Diraja Brunei Yang Bersara (POLSARA) telah membuat satu program lawatan ke Muzium Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) Gadong, semalam.
Rombongan seramai 24 orang yang terdiri daripada pesara pegawai-pegawai dan anggota pangkat rendah PPDB itu diketuai oleh mantan Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Haji Murad bin Haji Abdul Hadi.
Antara lain tujuan lawatan adalah bagi berkongsi pengalaman dan maklumat berkenaan perihal sejarah dan perkembangan Pasukan Polis sejak ianya ditubuhkan.
Di samping itu juga, dengan adanya perkongisan tersebut memberikan lembaran ilham dan idea yang boleh diguna pakai dalam persediaan pasukan menghadapi 100 tahun penubuhannya.


Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
