BANDAR SERI BEGAWAN , Sabtu 15 Sept 2018 – Seramai 10 ahli Pengawasan Kejiranan(PK) terdiri daripada PK STKRJ Rimba, PK Kg Rimba, PK Sg Matan dan PK Belimbing telah menghadiri taklimat berhubung kesalahan-kesalahan jenayah dan diselajurkan dengan membuat lawatan ke galeri muzium Pasukan Polis, Ibu Pejabat Polis Gadong pagi tadi.
Program dibawah aktiviti PK ini di anjurkan oleh Balai Polis Pusat BSB dengan kerjasama Unit Perhubungan Awam PPDB.

Mengetuai lawatan tersebut, Pegawai Menguasa Balai Polis Pusat BSB, Yang Mulia Asp Mohd ‘Izzuddin Hanis Bin Hj Mohd Salleh beserta 10 orang anggota balai dan 8 orang anggota daripada Unit Perhubungan Awam Polis.
Sejurus taklimat selesai, rombongan kemudian dibawa melawat ke Galeri Muzium Polis, Ibu Pejabat Polis Gadong dan diberikan penerangan tentang sejarah-sejarah Pasukan Polis Diraja Brunei serta dapat melihat pameran seperti pakaian seragam Pasukan Polis Diraja Brunei pada zaman lalu, pameran gambar-gambar serta barang barang arkib.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
