BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis 27 Sept 2018 – Seramai 27 orang anggota dan kakitangan awam peserta kursus daripada Unit Perhubungan Awam, Kementerian Pertahanan telah membuat kunjungan sambil belajar ke Unit Perhubungan Awam, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) hari ini.

Dalam sesi lawatan tersebut telah di isikan dengan penerangan dan taklimat yang disampaikan oleh Ketua Unit Perhubungan Awam Penolong Penguasa Polis (ASP)Mohd Amiruddin bin Haji Tunjang memberi taklimat kepada para peserta kursus mengenai struktur organisasi unit perhubungan awam PPDB dan rangka kerja dalam mengendalikan penyampaian maklumat kepada orang ramai berhubung kes-kes jenayah dan lalulintas.

Disamping itu juga disampaikan tatacara perlaksanaan tugas-tugas harian semasa berada di lapangan sambil berkongsi ilmu mengenai pengambilan maklumat, gambar dan penulisan bagi di salurkan ke pihak media massa dan media cetak.

Sejurus selesai taklimat, para peserta di pelawa untuk membuat lawatan ke Muzium Polis PPDB bagi penerangan tentang sejarah pasukan serta melihat pameran.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI