BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis 7 Mac 2019 – Balai Polis Muara, Pasukan Polis Diraja Brunei telah berhasil menahan 3 orang suspek warganegara tempatan yang disyaki terlibat dengan kes penyamaran sebagai pegawai penguatkuasa undang-undang.
Hasil siasatan awal, kejadian berlaku di kawasan tapak pembinaan di Kampong Serasa, Muara dan mangsa-mangsa yang terlibat adalah dari kalangan pekerja-pekerja asing.
Suspek-supek berkenan;
1- Radiman Bin Noordin berumur 34 tahun
2- Ak Hj Abd Razak bin Pg Hj Aliuddin berumur 38 tahun
3- Mohammad Rizal bin Hj Md Yazid berumur 39 tahun
Kesemua suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawa pada hari ini bagi permohonan reman bagi dijalankan siasatan lanjut atas kesalahan di bawah Seksyen 170 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 iaitu menyamar sebagai pengkhidmat awam dan jika sabit kesalahan hendaklah di hukum penjara selama suatu tempoh yang boleh sampai 7 tahun dan denda.
Pihak Polis menasihati kepada orang ramai, jika melihat atau didatangi oleh individu yang mengaku sebagai seorang anggota penguatkuasa undang-undang atau anggota beruniform disarankan untuk meminta bukti pengenalan diri anggota berkenaan dan seterusnya mengambil butir-butir peribadi untuk dirujuk kembali kepada jabatan-jabatan berkenaan.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
