BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu 28 Ogos 2019 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menahan pasangan suami isteri warganegara tempatan yang berumur 39 tahun dan 36 tahun pada 27 Ogos 2019 bagi membantu siasatan berhubung satu kes kematian yang mencurigakan melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berumur 15 bulan.
Mohammad Helmi bin Awg Serabah dan Ampuan Roslinah bte Ampuan Abd Razak masih dalam tahanan pihak polis bagi melengkapkan siasatan berhubung kecederaan yang sangat serius yang dialami oleh mangsa sehingga mengakibatkan kematian.
Pihak Polis mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan kes ke Unit Siasatan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah atau mana-mana Balai Polis berdekatan atau menghubungi ke talian kecemasan 993.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
