BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu 22 Disember 2018 – Pasukan Polis Diraja Brunei telah menahan seorang lelaki anggota beruniform berumur 34 tahun untuk membantu siasatan berhubung satu kes kematian yang mencurigakan melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berumur 2 tahun 4 bulan.

Beliau telah dihadapkan ke mahkamah dan ditahan reman selama 14 hari untuk siasatan lanjut.

Kes ini disiasat dibawah Sekyen 302 Kanun Seksaan Jenayah Penggal 22 iaitu Kes Bunuh yang membawa kepada hukuman mati.

Dikeluarkan Oleh:

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI