BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu 14 Sept 2019 – Pada 13 September 2019, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menahan sepasang suami isteri berhubung dengan kes penemuan rangka anak damit perempuan yang berumur 5 bulan. 

Kasim bin Omar, seorang penduduk tetap berumur 32 tahun dan Siti Noraliza bte Haji Abdullah seorang warganegara tempatan berumur 29 tahun telah dihadapkan ke Mahkamah pada hari ini 14 September 2019 untuk ditahan reman selama 14 hari bagi siasatan lanjut berhubung kematian tersebut dan kecederaan yang sangat serius dialami oleh mangsa. 

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 iaitu kes bunuh yang membawa kepada hukuman mati. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI