BRUNEI DAN MUARA, Sabtu 23 Mac 2019 – Pada 21 Mac 2019, seorang wanita telah datang ke Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei dan mengadu yang ia telah diganggu secara seksual berkaIi-kali oleh bapa kandungnya sendiri sejak tahun 2005 sehingga sekarang.
Kes disiasat di bawah Seksyen 376(2)(c) Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 di mana tertuduh iaitu bapa mangsa telah berjaya ditangkap dan disoal siasat.
Kes ini telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada 23 Mac 2019 di mana tuduhan telah dibacakan dan Mahkamah Majistret telah memerintahkan tertuduh ditahan reman selama 7 hari untuk siasatan Ianjut.
Kes ini tidak akan terbongkar tanpa mangsa menyuarakan dan menceritakan hal yang terjadi keatasnya. Oleh itu pihak polis ingin mengambil kesempatan ini untuk menyarankan semua masyarakat untuk tampil kehadapan dan melaporkan perkara seperti ini jika ianya terjadi kepada diri sendiri atau orang yang kita kenali. Ini adalah penting untuk jenayah ini dapat dihentikan sekaligus menjaga keselamatan dan kesejahteraan mangsa serta keluarga yang Iain.
Alhamdulillah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan pindaan kepada Perintan Kanun Hukuman Jenayah (2012) yang berkuatkuasa pada 24 Mac 2012 dan sekali Iagi pada tahun 2017 iaitu Pindaan pada Perintah Kanun Hukuman Jenayah (2017) yang berkuatkuasa pada 24 Julai 2017.
Kedua-dua pindaan ini adalah khusus untuk kesalahan-kesalahan seksual terutama sekali dalam melindungi kanak-kanak dan mengenakan hukuman yang Iebih berat jika ianya dilakukan oleh orang yang ada kuasa ke atas mangsa dan juga terhadap pesalah seksual yang berulang.
Pihak polis juga ingin mengingatkan orang ramai bahawa Pasukan Polis Diraja Brunei amat mengambil serius mengenai kes-kes jenayah seksual apa Iagi yang dilakukan oleh ahli keluarga.
Pihak polis akan mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut kuasa-kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang di Negara Brunei Darussalam ini demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat di Negara Brunei Darussalam.
Oleh itu sekali Iagi orang ramai adalah amat digalakkan untuk melaporkan apa jua maklumat yang diterima mengenai perkara seperti ini dan agar melaporkannya dengan segera kepada pihak polis di talian kecemasan ‘993′ ataupun di mana-mana Balai-Balai Polis yang berdekatan.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
