BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis 29 Ogos 2019 – Seorang suspek warganegara tempatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan kerana terlibat dengan 2 kes iaitu curi komputer riba dan barang makanan.
Suspek bernama Muhammad Firdaus Bin Mat Jalani berumur 22 tahun dan tidak bekerja berdepan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 379 dan 380 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 iaitu curi.
Kejadian melibatkan curi komputer riba berlaku di kawasan rumah kediaman Kg Perpindahan Mentiri manakala kejadian curi makanan berlaku di salah sebuah kedai runcit di kawasan Kg yang sama.
Hasil daripada sebutan kes, Pihak Mahkamah telah menjatuhkan hukuman ke atas suspek dengan pemenjaraan selama 9 bulan bermula 29 Ogos 2019 di Penjara Maraburong.
PPDB menasihati masyarakat awam agar sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan berwaspada terhadap sebarang kegiatan jenayah curi serta melaporkan dengan serta-merta sebarang aktiviti-aktiviti yang mencurigakan melalui talian kecemasan polis 993 atau salurkan ke balai-balai polis yang berdekatan.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
