BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa 26 Mac 2019 – Balai Polis Kampong Ayer, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menghadapkan dua (2) kes fail penyiasatan ke Mahkamah Majistret Bandar Seri Begawan pada hari ini. 

Kes pertama melibatkan pertuduhan di bawah Seksyen 426 (Rosak barang) dan seksyen 448 (Ceroboh) Kanun Hukuman Jenayah penggal 22 melibatkan seorang lelaki warganegara tempatan bernama Sulaiman bin Kula berumur 48 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan. 

Tertuduh telah tidak mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan dan sebutan kes selanjutnya akan berlangsung pada 9 April 2019 jam 2 petang. 

Manakala kes kedua melibatkan seramai 4 orang tertuduh yang akan menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 380 (Curi dalam bangunan) dan Seksyen 427 (Rosak barang) Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 yang melibatkan : 

1 – Muhammad Rezal bin Meyassin, warganegara tempatan berumur 30 tahun. 

2 – Hasnol Basri bin Mohd Daud, warganegara tempatan berumur 19 tahun. 

3 – Muhd Heldy bin Othman, Penduduk Tetap berumur 37 tahun. 

4 – Sophian bin Abu Bakar, warganegara Malaysia berumur 38 tahun. 

Hasil daripada perbicaraan kesemua tertuduh telah mengaku bersalah dan Pihak Mahkamah  telah menetapkan tarikh 27 Mac 2019 bagi menjatuhkan hukuman. 

Pihak polis ingin menyeru orang ramai agar sentiasa memberikan kerjasama dalam penyaluran maklumat bagi matlamat pembanterasan aktiviti-aktiviti jenayah di negara ini. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI