SERIA, Isnin 13 Mei 2019 – Pasukan Polis Diraja Brunei melalui Balai Polis Seria telah menghadapkan 3 orang suspek ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan pada hari ini kerana dipercayai terlibat dengan kes curi besi yang dilaporkan berlaku di Beam Pump, Jalan Utara, Seria.
Semasa menjalankan pemeriksaan, sebuah kereta telah datang bertujuan untuk menjual besi buruk. Apabila dijalankan pemeriksaan ke atas kereta tersebut telah menemukan barang besi pagar yang dipercayai barangan curi.
Suspek pertama bernama Mohammad Safar bin Abdullah berumur 30 tahun dan tidak bekerja.
Suspek kedua Zulhashim bin Mohd Jair berumur 45 tahun dan tidak bekerja.
Suspek ketiga Dk Maslelawati bte Pg Abd Karim berumur 35 tahun dan tidak bekerja.
Kesemua suspek dihadapkan ke Mahkamah bagi menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 379 (Curi) Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22.
Hasil daripada sebutan kes, ketiga-tiga tertuduh telah dilanjutkan tahanan reman sehingga tarikh 16 Mei 2019 bagi menjalani siasatan lanjut.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
