BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin 11 Februari 2019 – Seorang lelaki warga tempatan telah dijatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan dan 2 kali sebatan oleh Mahkamah Perantaraan pada 11 Februari 2019 kerana melakukan ceroboh dan mencuri.
Tertuduh Mohammad Arif bin Haji Mohd Yasop, berumur 30 tahun telah diberkas oleh keanggotaan Balai Polis Berakas kerana dipercayai terlibat dengan beberapa kes yang melibatkan ceroboh dan curi di dua lokasi yang berasingan dikawasan Daerah Brunei dan Muara.
Mahkamah Perantaraan telah menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh selepas mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah seksyen 380, 380A, 448 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman pemenjaraan bermula tarikh 23 Januari 2019.
Pasukan Polis juga ingin melahirkan rasa setinggi-tinggi penghargaan kepada orang awam atas kerjasama yang diberikan dalam sama-sama membantu didalam siasatan Pihak Polis.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT URUSETIA PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
