SERIA, Ahad 24 Februari 2019 – Berikutan daripada rakaman video dan gambar yang tular di media sosial berkenaan kenderaan yang tidak layak digunakan di atas jalanraya semasa majlis perkahwinan yang berlangsung di kawasan Jalan Teripas, Rancangan Perumahan Negara, Kg Panaga Seria semalam.
Daerah Polis Belait, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menjalankan tindakan dengan menahan kenderaan tersebut bersama pemilik dan pemandu untuk dibawa ke Balai Polis Seria bagi siasatan lanjut.
Siasatan awal telah mendapati kenderaan yang digunakan telah melanggar beberapa kesalahan di bawah Akta Kesalahan Lalulintas Penggal 68.
Pemilik diambil tindakan saman dan kompoun iaitu ;
1- Lesen kenderaan mansuh
2- Insuran pelindungan mansuh
3- Nombor pendaftaran kenderaan yang tidak ikut peraturan
4- Paip ekzos yang diubah suai.
Manakala, pemandu tersebut telah diambil tindakan saman kompaun kerana tidak memakai tali pinggang keledar semasa memandu.
Sehubungan itu, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) menegaskan kepada orang ramai untuk tidak sesuka hati mengubah suai kenderaan dan sentiasa peka dan mematuhi segala peraturan-peraturan yang telah ditetapkan di jalanraya.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
