BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu 8 April 2020 – Atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seramai 16 orang lelaki dan seorang (1) wanita anggota pangkat rendah Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah diperkenankan untuk dinaikkan pangkat Inspektor bermula 01 Mac 2020. 

Sehubungan dengan itu, Majlis Kenaikan Pangkat telah berlangsung di Dewan Bankuet Mes Pegawai, Ibu Pejabat Polis Gadong, hari ini. 

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan majlis kenaikan pangkat ialah Yang Mulia Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali dan Pengiran Datin Hajah Zauyah binti Pengiran Hj Sulaiman. 

Turut hadir ialah Yang Mulia Timbalan Pesuruhjaya Polis, Pengiran Dato Seri Pahlawan Hj Mohd Jefri bin Pengiran Hj Abd Hamid dan Datin Hajah Siti Shamsiah binti Hj Abd Samad, Pengarah-pengarah, timbalan pengarah dan pegawai-pegawai kanan PPDB serta ahli keluarga anggota polis yang diraikan. 

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​