TEMBURONG, Selasa 3 Dis 2019 – Balai Polis Bangar, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) mengesahkan bahawa satu kemalangan melibatkan kematian berlaku di kawasan Jambatan Perdayan, Temburong pagi tadi. 

Pihak Polis menerima panggilan kecemasan tersebut pada 3 Disember 2019 sekitar jam 6.48 pagi yang melibatkan kemalangan 3 buah kenderaan. Berikutan dengan kemalangan tersebut,  telah meragut nyawa seorang lelaki warganegara Malaysia berbangsa cina berumur 22 tahun. 

Di kesempatan ini, PPDB ingin menegaskan kepada para pemandu dan pengguna jalanraya agar sentiasa peka dengan had kelajuan kenderaan yang dipandu dan menitikberatkan aspek keselamatan seperti memakai tali pinggang keledar serta menumpukan perhatian sepenuhnya dengan keadaan jalan mahupun pengguna jalanraya yang lain. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI