GADONG, SABTU 27 DISEMBER 2025 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Cawangan C1, kejohanan ini dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa Bahagian Sukan, Badan Kebajikan dan Sukan Cawangan C1 sesi 2025-2026. Acara ini berlangsung pada hari Rabu, 24 Disember 2025 bertempat di Stadium Hassanal Bolkiah, Kompleks Ibu Pejabat Pasukan Polis Diraja Brunei, Gadong. 

Majlis pembukaan dan seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat, Selaku Pengerusi Cawangan C1, Yang Mulia SUPT Kasnol bin Haji Muhammad Kincho. Turut serta Yang Mulia DSP Shamsulariffin Bin Haji Abdul Wahab, Selaku Timbalan Pengerusi 1 Badan Kebajikan dan Sukan Cawangan C1. 

Acara pertandingan berlangsung dari 23 hingga 24 Disember 2025 dan disertai oleh tiga Pasukan, iaitu Pasukan Simpanan Polis ‘C’ Kompeni, Polis Marin serta Daerah Polis Temburong. Pasukan Simpanan Polis ‘C’ Kompeni ‘A’ dinobatkan gelaran sebagai juara, manakala naib juara jatuh kepada Daerah Polis Temburong ‘B’. Tempat ketiga dimenangi secara bersama oleh Pasukan Simpanan Polis ‘C’ Kompeni ‘B’ dan Polis Marin ‘A’. 

Kejohanan ini bertujuan untuk mengukuhkan semangat kesukanan dalam kalangan warga PPDB di samping memupuk gaya hidup persaingan sihat serta kerjasama berpasukan dan ukhwah sesama anggota. Tahniah diucapkan kepada semua pasukan atas komitmen dan prestasi cemerlang sepanjang acara. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 

IBU PEJABAT POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI