TUTONG, Selasa, 27 Januari 2026 – Kejohanan Bola Sepak 9 Orang Sepasukan sempena Sambutan Hari Polis Ke-105 Tahun telah berlangsung di Padang Kompleks Sukan Tutong, anjuran Daerah Polis Tutong.
Hadir selaku Tetamu Kehormat, Yang Mulia Awangku Arif Anuar bin Pengiran Haji Ahmad, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, yang turut menyaksikan perlawanan akhir serta berkenan menyampaikan hadiah kepada pasukan-pasukan pemenang. Turut hadir ketua-ketua jabatan Agensi Penguatkuasa Undang-Undang untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

Sebanyak tujuh (7) pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini, mellbatkan penyertaan daripada jabatan-jabatan dan agensl-agensi penguatkuasan Kerajaan, antaranya Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Biro Kawalan Narkotik, Pengawasan Kejiranan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Jabatan Penjara, serta Jabatan Kehakiman Negara.
Dalam kejohanan tersebut, Jabatan Penjara telah muncul sebagai juara dan membawa pulang piala serta siji penyertaan. Tempat Naib Johan pula disandang oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat. Tempat keempat pula diraih oleh Biro Kawalan Narkotik. Kesemua pasukan pemenang telah menerima piala dan sijil penyertaan mengikut kedudukan masing-masing.


Penganjuran kejohanan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang serta Pasukan Polis Diraja Brunei, di samping mencungkil bakat baharu dalam bidang sukan. Kejohanan ini juga diharapkan dapat menyemai semangat kesukanan, persaingan sihat, perpaduan serta kerjasama demi pembangunan dan kemajuan sukan dalam PPDB amnya, dan Badan Kebajikan dan Sukan Daerah Polis Tutong khususnya.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
