TEMBURONG, SABTU, 08 November 2025 – Pasukan Simpanan Polis ‘C’ Kompeni (B) dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bola Sepak “7-A-Side” Cawangan C1 Tahun 2025 selepas menewaskan Pasukan Daerah Polis Temburong (A) dengan jaringan 3-1 di Kompleks Sukan Batu Apoi.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Penguasa Polis (SUPT) Kasnol Bin Haji Muhammad Kincho, Pengerusi Badan Kebajikan dan Sukan Cawangan C1, bersama Timbalan Pengerusi 1, DSP Shamsulariffin Bin Haji Abdul Wahab dan Timbalan Pengerusi 2, DSP Ismail Bin Ibrahim.

Dua jaringan L/Kpl Mohammad Bohari Bin Mohd Hassan dan satu gol L/Kpl 7133 Nizamuddin @ Nurmanuddin Bin Haji Ismail memastikan kemenangan RUC ‘B’ yang membawa pulang Piala Iringan, pingat dan cek $100. DP TEMB ‘A’ muncul naib juara, manakala tempat ketiga dimenangi RUC ‘A’.

L/Kpl Mohammad Bohari turut dinobatkan Penjaring Terbanyak (7 gol), APO 7140 Mohammad Yusri Bin Mohammad Yussof sebagai Pemain Terbaik, dan anugerah Fair Play diberikan kepada DP TEMB ‘B’.

Kejohanan ini bertujuan mengeratkan silaturrahim serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan pegawai dan anggota Cawangan C1.

PHOTO-2025-11-11-09-17-38 2.jpg
PHOTO-2025-11-11-09-17-38 3.jpg
PHOTO-2025-11-11-09-17-38.jpg
PHOTO-2025-11-11-09-17-39 2.jpg
PHOTO-2025-11-11-09-17-39.jpg

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

IBU PEJABAT POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI