BERAKAS, Selasa 15 Okt 2019 – Seorang wanita warganegara asing telah diberkas dalam satu serbuan pihak Polis dari Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) di sebuah hotel di kawasan Berakas kerana dipercayai terlibat memberikan perkhidmatan seks.
Hasil pemeriksaan dalam bilik hotel berkenaan menemui beberapa kepingan kondom serta sejumlah wang tunai dipercayai disyaki terbabit dengan urusan kegiatan tidak bermoral.
Suspek warganegara Viet nam bernama Ha Thi Men berumur 34 tahun telah berada di negara ini sejak 8 Oktober 2019 yang lalu dengan menggunakan pas pelawat. Suspek dan kesemua barang bukti dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 294A Kesalahan Menawarkan Khidmat Seks, Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22.
PPDB akan sentiasa membuat pemantauan serta risikan dan seterusnya mengambil tindakan kepada setiap kegiatan jenayah yang menyalahi undang-undang di negara ini.
Jika sesiapa mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti berkenaan boleh melaporkan ke talian kecemasan Pasukan Polis Diraja Brunei 993 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
