TUTONG, Rabu 14 Ogos 2019 – Satu koliberasi serbuan telah berjaya dikendalikan oleh keanggotaan daripada Daerah Polis Tutong bersama Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) terhadap maklumat kegiatan perjudian yang dijalankan di sebuah kedai runcit di alamat No 39, Ground Floor Berjaya Complex Holding Tutong.
Dalam serbuan berkenaan telah berhasil menahan 2 orang lelaki warganegara Malaysia, 2 orang lelaki dan seorang perempuan warga tempatan dipercayai terlibat dalam menjalankan kegiatan perjudian dalam talian SCR 888.
Suspek bernama :
1- Sia Chen Chuan berumur 32 tahun warganegara Malaysia
2- Ham King Ping berumur 24 tahun warganegara Malaysia
3- Hayatul Akmar binti Joffri 33 tahun warganegara tempatan
4- Abdul Aziz bin Mohammad Yassin 57 tahun warganegara tempatan
5- Mohammad bin Haji Sabtu 55 tahun warganegara tempatan

Semasa siasatan awal yang telah dijalankan telah menemukan beberapa bahan bukti seperti sejumlah wang tunai serta buku catitan pembayaran bagi pembelian ‘token’ secara dalam talian untuk diguna pakai bagi permainan perjudian tersebut. Kesemua tangkapan bersama barang rampasan dibawa ke Balai Polis Tutong untuk siasatan lanjut.
Kes siasatan ini disiasat di bawah Seksyen 4 dan 6 kesalahan melibatkan pengendalian tempat perjudian, Akta Rumah Judi terbuka Penggal 28.
Kegiatan perjudian secara talian ini sentiasa mendapat perhatian umum dan jika tidak dibanteras akan mendatangkan kesan buruk kepada negara.
Pasukan Polis Diraja Brunei akan sentiasa membuat pemantauan, menjejak dan mengesan penjenayah-penjenayah yang hendak bertapak dan menjalankan aktivitiaktiviti haram di negara ini.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
