TELISAI, Rabu 10 Julai 2019 – Balai Polis Tutong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah berhasil menahan seorang perempuan penduduk tetap bernama Ling Mee Chuo berumur 52 tahun dan seorang lelaki warganegara Bangladesh bernama Mohamad Sabuz berumur 35 tahun di Kedai Perkakas Sing Hong Lee Enterprise, Kg Telisai Tutong kerana disyaki terlibat dengan kegiatan perjudian 4 digit loteri.
Semasa serbuan, pihak polis telah berjaya merampas sejumlah wang tunai dan juga beberapa bahan bukti seperti telefon bimbit dan keratan kertas berisi nombor 4 digit loteri.

Kedua-dua suspek bersama barang rampasan dibawa ke Balai Polis Tutong untuk dijalankan siasatan lanjut. Suspek akan berdepan dengan pertuduhan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka Penggal 28.
Pasukan Polis Diraja Brunei mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih di atas maklumat berkaitan kegiatan perjudian tersebut dan menyarankan kepada orang ramai untuk mengongsikan maklumat apa saja kegiatan-kegiatan yang mencurigakan kepada pihak Polis atau ke talian kecemasan Polis 993.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT URUS SETIA PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
