BRUNEI MUARA, Khamis 24 Sept 2020 – Antara lain peranan yang diterapkan oleh Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalulintas (JSKLL) dalam tugasan harian ialah membuat pemantauan dan tindakan kepada para pengguna jalanraya untuk sentiasa patuh dan mengikuti peraturan-peraturan yang telah ditetapkan agar tidak ada sebarang pelanggaran undang-undang berlaku di negara ini sama ada ianya beunsur jenayah ataupun kesalahan lalulintas. 

Terkini, pada 24 September 2020 sekitar jam 1 pagi, satu penahanan telah dibuat oleh keanggotaan JSKLL terhadap sebuah kenderaan bersama pemandu dan penumpang di kawasan Jalan Tungku kerana dipercayai dalam keadaan yang mencurigakan. 

Semasa pemeriksaan dijalankan ke atas kenderaan berkenaan telah menemukan peralatan yang dipercayai digunakan untuk penyalahgunaan dadah. 

Kedua-dua suspek merupakan warganegara tempatan berumur 25 dan 35 tahun dan telah diserahkan kepada Biro Kawalan Narkotik (BKN) bagi siasatan lanjut. 

Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) sentiasa berterusan melaksanakan rondaan-rondaan rutin bagi memastikan orang ramai akan dapat mengambil iktibar serta pengajaran daripada kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pemandu-pemandu sebelum ini. 

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI