GADONG, Isnin 15 Okt 2018 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Jabatan Siasatan Dan Kawalan Lalulintsa (JSKLL) telah mengadakan majlis ceramah khas bagi pegawai dan anggota-anggota JSKLL di Dewan JSKLL.

Ceramah khas tersebut bertajuk “Membina Jati diri Cemerlang” yang telah disampaikan oleh penceramah undangan dari Jabatan Penjara, Yang Mulia Ustaz Fariszal bin Ali.
Hadir selaku tetamu kehormat ke majlis berkenaan Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Dan Kawalan Lalulintas, Penguasa Kanan Polis, Husaini bin Haji Matzin dan turut hadir pegawai-pegawai dan anggota pangkat rendah JSKLL.

Antara lain objektif ceramah di adakan adalah untuk mewujudkan satu titik perubahan untuk mereka dalam menjalani kehidupan sebagai seorang anggota yang lebih berkesan dan seimbang di samping dapat mengekalkan motivasi serta memantapkan jati diri yang cemerlang.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
