GADONG, Khamis 1 Nov 2018 – Bersempena Minggu Pelabur Sedunia, Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) telah mengadakan Jerayawara di Ibu Pejabat Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) yang telah dihadiri seramai 200 orang anggota yang terdiri daripada pegawai-pegawai, anggota dan kakitangan PPDB.
Jerayawara dimulakan dengan taklimat pertama iaitu ‘Pengenalan AMBD’ kemudian disusuli dengan taklimat ‘Asas Perlaburan’ Brunei Darussalam Capital Market Association. Seterusnya taklimat ‘Perancangan Kewangan’ yang dibentangkan dari wakil Financial Planing Association Brunei Darussalam serta taklimat yang bertajuk ‘Hindari Penipuan Kewangan’. Jerayawara di akhiri dengan sesi soal soal jawap.
Hadir bagi mewakili PPDB , Yang Mulia Penguasa Polis (Superintendant Of Police) Tang Yik Tung, Ketua Bahagian Keanggotaan dan Perancangan Kerjaya, Jabatan Pentadbiran Am & Kewangan PPDB dan turut hadir bersama ialah Pemangku Pengurus Kanan, Pasaran Modal, AMBD Yang Mulia Dayang Hajah Noor Aznah binti Haji Nayan.
Acara ini merupakan salah satu daripada program dialog yang telah disediakan oleh AMBD bagi tujuan pemberigaan kepada orang ramai mengenai tugas serta tanggungjawab AMBD dalam meningkatkan kesedaran orang ramai, celik kewangan, kepentingan pendidikan pelaburan serta perlindungan pelaburan.


Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
