BRUNEI MUARA, Selasa 25 Disember 2018 – Berikutan maklumat yang telah tular di laman social melalui aplikasi Whatsapp berhubung ‘Operasi Sekatan Jalanraya dan Rondaan Besar-Besaran Bersama Agensi-Agensi Kerajaan’ baru-baru ini yang diterbitkan oleh Jabatan Percetakan Kerajaan Brunei Darussalam adalah disahkan maklumat palsu.

Maklumat palsu itu menyatakan operasi berkenaan pada jam dan tempat yang tertentu bermula pada 25hb Disember sehingga hujung bulan ini, adalah sama sekali tidak tepat dan direka. Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) amat tegas kepada individu yang tidak bertanggungjawab dan akan menjalankan siasatan lanjut berhubung dengan penyebaran ini yang boleh menjejaskan ketenteraman awam terganggu.

Sehubungan ini Pasukan Polis Diraja Brunei menasihatkan orang ramai agar jangan sekali-kali terlibat dalam mengeluarkan dan menyebarkan maklumat-maklumat yang tidak sah dan tidak berasas. Selain itu juga diperingatkan agar tidak mudah percaya dan cepat cemas terhadap maklumat-maklumat mencurigakan yang belum dipastikan kesahihannya.

Kesalahan-kesalahan demikian Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan mengambil tindakan segera di bawah Perundangan Penggal 148 Akta Ketenteraman Awam Seksyen 34 sama ada menggunakan lisan dan tulisan atau secara menyebarkan maklumat palsu cara aplikasi Whatsapp dan boleh didenda penjara 3 tahun atau denda sebanyak $3,000.00 atau kedua-duanya sekali.

Dikeluarkan Oleh :  

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI