KUALA LUMPUR, Selasa 31 Oktober 2023 – Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis (DKPP) dan Pingat Keberanian Polis (P.K.P.) yang telah berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur Malaysia pada 31 Oktober 2023.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Pangkat Pertama Panglima Gagah Pasukan Polis (P.G.P.P.) Kehormat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali, Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei.
Penganugerahan darjah tersebut merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan ke atas sumbangan Pasukan Polis Diraja Brunei dalam memperkukuh hubungan erat dan usaha mempertingkatkan lagi kerjasama kepolisan di antara kedua buah negara.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
