BRUNEI MUARA, Selasa 28 Jan 2020 – Pada 1 Januari 2020 lepas, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menerima laporan mengenai seorang anak damit perempuan yang baru lahir. Semasa ditemui, anak damit seberat 680 gram tersebut didapati dalam keadaan bogel berbalut dengan tuala dan diletakkan di atas kotak di Stesen Elektrik Lebuh Raya Muara Tutong.
Anak damit tersebut terus dikejarkan ke Hospital R.I.P.A.S dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Anak Damit. Walau bagaimanapun, belum sampai sebulan bertarung nyawa, anak damit tersebut disahkan meninggal dunia kerana komplikasi yang dihadapi.
PPDB memohon kerjasama dari orang ramai untuk memberikan apa-apa maklumat yang boleh membantu penyiasatan kes ini. Orang ramai boleh menghubungi Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-Kanak ditalian 2459500 sambungan 496 dan juga boleh menghubungi ke ;
1- Talian Kecemasan Polis 993
2- Melaporkan ke Balai-Balai Polis berdekatan
3- Menyalurkan maklumat ke Laman Sesawang www.police.gov.bn
4- Mesej terus ke Instagram @upa.ppdb
Pengurusan jenazah telah diuruskan oleh Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-Kanak dengan bantuan pihak masjid. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Pulaie.

Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
