BERAKAS, Rabu 28 Ogos 2018- Pasukan Polis Diraja Brunei melalui Balai Polis Berakas telah mengadakan aktiviti gotong-royong bersama ahli pengawasan kejiranan Kampung Jaya Setia/Jaya Bakti/Kg Burung Pinggai Berakas.
Gotong-royong tersebut diketuai oleh Sarjan Mejar 3501 Mahali dan Yang Mulia Haji Nordin bin Haji Abu Bakar, Ketua Kampung Jaya Setia/Jaya Bakti/Kg Burung Pinggai Berakas bersama 6 ahli PK kampung tersebut dan 6 orang anggota Balai.
Turut hadir Yang Mulia Haji Asmadee bin Haji Ahmad, Timbalan Pengerusi AJK Takmir Masjid Sufri Bolkiah Perpindahan Berakas serta jemaah-jemaah masjid berkenaan.
Gotong-royong tersebut dijalankan dikawasan luar dan dalam Masjid Sufri Bolkiah, Perpindahan Berakas.
TEMBURONG – Manakala bagi Balai Polis Bangar juga telah mengadakan aktiviti gotong-royong yang diketuai oleh Sarjan Mejar 2547 Seperidin bersama 5 orang anggota balai dan 6 ahli PK Kampung Puni.
Pihak Polis akan sentiasa menjalinkan perhubungan kerjasama dengan orang awam bagi mengukuhkan perpaduan dan mengeratkan lahi tali silatturahim dengan Ahli Pengawasan Kejiranan Kampung.
