BELAIT, Sabtu 16 Mac 2019 – Balai Polis Seria, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menjalankan operasi rondaan pencegahan jenayah bersama ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampong Panaga 2000.
Mengetuai rondaan tersebut ialah Pegawai Menguasa Balai Polis Panaga, Inspektor Mikhail Iman bin Abdullah Lee dan 2 orang anggota dari Balai Polis Seria.
Turut hadir Timbalan Pengerusi PK RPN Kg Panaga iaitu Yang Mulia Awang Zaleha bin Lahap bersama 11 orang ahli PK kampung tersebut. Rondaan berjalan kaki telah dibuat di kawasan Jalan Karuak, Jalan Kalajiau, Jalan Taripas, Jalan Puragam dan Jalan Parak.
Daripada Balai Polis Belait juga turut membuat rondaan di kawasan Kampong Pandan B bersama ahli-ahli PK kampung tersebut. Hadir mengetuai rondaan Kopral 2721 Shamsudin bin Haji Naim bersama seorang anggota balai dan bersama 3 orang ahli PK.
Rondaan dibuat di kawasan Sekolah Rendah Abdul Momin, Sekolah PGGMB, Kawasan Pandan, Jalan Maulana dan kawasan di bawah tadahan Ketua Kampung Pandan B, semasa rondaan yang dijalankan di kedua-dua balai dan ahli PK tersebut tidak ada menjumpai kejadian jenayah atau perkara yang tidak diingini berlaku.
TUTONG – Ahli PK Batang Mitus/Kebia tidak ketinggalan dalam sama-sama menanai tanggungjawab bagi menjaga keselamatan kampung mereka.
Mengetuai rondaan ialah Pegawai Menguasa Balai Polis Lamunin, Inspektor Md Zulfadli bin Hj Awg Yusof bersama Pemangku Ketua Kg Batang Mitus/Kebia, Yang Mulia Suhili bin Alas beserta 4 orang ahli PK Kampong.
Tumpuan rondaan di kawasan Jln Kecil Batang Mitus, Jln PDS, Jln Paip dan persekitaran rumah kediaman di kampung berkenaan.
BRUNEI MUARA – Turut sama menjalankan rondaan PK ialah daripada ahli-ahli Kampong Pangkalan Batu bersama keanggotaan Balai Polis Limau Manis.
Seramai 4 orang ahli dan anggota polis terlibat dalam membuat aktiviti rondaan dan di sepanjang pemantauan secara berjalan kaki dibuat di kawasan persekitaran tidak ada menemukan sebarang perkara yang menyalahi undang-undang.
Saranan daripada Pasukan Polis Diraja Brunei kepada orang ramai agar melaporkan dengan seberapa segera jika ada mendapati perkara-perkara yang mencurigakan ke talian kecemasan atau memaklumkan ke balai-balai polis yang berdekatan.



Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
