GADONG, Khamis 31 Januari 2019 – Pelbagai aturcara tahunan telah dirancang oleh Focal Point Pengawasan Kejiranan dalam menggerakkan program pengawasan kejiranan iaitu antaranya ialah program mengeratkan silaturrahim bersama ahli-ahlinya.

Satu acara sembahyang berjemaah, membaca surah Yassin dan bertahlil telah diungkayahkan oleh Focal Point Balai Polis Pusat, BSB bersama Ketua Kampong Mata-Mata, ahli-ahli Pengawasan kejiranan dan penduduk-penduduk kampung.

Acara bertempat di Masjid Perpindahan Kampong Mata-Mata, Mukim Gadong B yang telah diketuai oleh Sarjan Mejar 3096 Pg Noorhasni bersama 2 ahli Focal Point Balai Polis Pusat, BSB.

Turut menghadiri ialah Ketua Kg Perpindahan Mata-Mata, Yang Mulia Pengiran Hj Mohd Salleh bin Pengiran Hj Abd Rahman, Hj Awg Ismal bin Ohsali selaku Timbalan Pengerusi PK dan ahli-ahli PK.

Program sedemikian merupakan usaha PPDB untuk lebih mengenali penduduk penduduk kampung, menjalinkan persahabatan serta bertukar-tukar maklumat mengenai keadaan persekitaran kampung.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI